FOLLOW ME

Monday, December 20, 2010

KELEBIHAN AYAT SERIBU DINAR

 

Bismillahirrahmanirrahim…Assalamualaikum wbt kepada semua pelawat blog ini..

Hari ini saya ingin berkongsi dengan pelawat2 sekalian iaitu berkaitan dengan ayat seribu dinar.  

Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3.

Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah mendapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah SWT, hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.

Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :
* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.
* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.
* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan
* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

 (terdapat byk lagi kelebihan nya,, tp stakat ini sja yg mampu d shared,.. salah & silap hrap dmaafkan.. sekian..)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...